|

|
Belajar
bahasa Arab menerusi internet
Kuala Lumpur 24 Mac – Tidak tahu membaca dan menulis dalam
bahasa Arab dan anda ingin memecah kebuntuan itu?
Rileks.
Jika anda memiliki komputer di rumah, Internet boleh membantu anda untuk
mempelajari bahasa Arab dengan begitu mudah. Ini kerana Pusat Komputer
Khan menyediakan pembelajaran bahasa Arab di namakan ummies.info.
Belajar
bahasa Arab cara mudah ini boleh dilayari di Internet melalui
alamat web ummies.info.
Ummies.info
dibahagikan kepada pengenalan ayat pembacaan dan pemahaman maksud ayat
yang dipelajari dalam masa sehari.
Ia bukan sahaja sesuai untuk pelajar malah ibu bapa juga mengunakan
perkhidmatan ummies.info untuk mendalami pengetahuan islam. Apa yang
menarik perkhidmatan berkenaan adalah percuma.
Timbalan
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique melancarkan produk
tersebut baru-baru ini.
Majlis
pelancaran diadakan di Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Beliau
menjelaskan, produk tersebut memudahkan ibu bapa mengajar anak mereka di
rumah.
“Zaman sekarang,
segala-galanya menjadi mudah begitu juga kalau kita hendak belajar
bahasa Arab, yang penting ada komputer di rumah,” katanya.
Menurutnya,
laman web ummies.info juga membantu umat islam membaca dan
memahami kandungan Al-Quran dengan lebih baik. |