Pendidikan
Bahasa Arab
melalui Internet dengan cara saintifik, berirama, dan fonetik
dalam Inggeris, Bahasa Malaysia dan Tamil
kali pertama dalam tiga bahasa
Objektif
spesifik bagi projek Ummies ialah untuk memudahkan kefahaman Bahasa Arab dengan
mengunakan ciri-ciri keistimewaan saintifik bagi Bahasa Arab itu. Pembelajaran
Al-Quran menjadi senang melalui amalan sembahyang, pembacaan Al-Quran, dan pada masa yang sama
seluruh dunia dapat mengetahui maknanya sekali..
Ummies
bererti Perkhidmatan Pendidikan
Multimedia Integrasi Sedunia. Ummies dari sudut istilah ialah semulajadi,
saintifik, benar, unik, tulen, punca dan ibu.
Ummies
kali pertama mengenalkan pendidikan Bahasa Arab dalam tiga bahasa iaitu Bahasa
Inggeris, Bahasa Malaysia, dan Bahasa Tamil melalui Internet dengan cara
saintifik, berirama, dan fonetik melalui laman web www.ummies.info
Ummies.info
adalah hasil ciptaan Nazurullah Khan. Pusat Komputer Khan ialah Pembangun,
Penghasil, & Hak Cipta bagi projek ini. Professor N.V. Abdul Rahman yang
mempunyai pengalaman mengajar Bahasa Arab selama 50 tahun turut membantu dalam
projek ini. Dari segi kewangan, penaung, penaja, dan penyumbang turut menyokong
projek ini. www.ummies.info yang boleh dilayari di internet secara percuma mulai
7hb. Julai 2002.
Yayasan
Ubaidi & Pusat Komputer bersama-sama melancarkan Ummies.info Pembelajaran
Bahasa Arab melalui Bahasa Tamil pada Ahad, 7hb July 2002 pada pukul 10.30 pagi
di Dewan Megapuri, Tingkat 30, Bangunan DBKL, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala
Lumpur. Tuan Hishamudin Tan Sri S.O.K Ubaidulla, pemegang Amanah Yayasan Ubaidi
ialah pengerusi majlis tersebut dan telah di rasmikan oleh YB Datuk Dr. Hj.
Mohamed Haniffa bin Hj. Abdullah, Pengarah Pengurusan,
FOMEMA SDN BHD.
Ummies telah memulakan mengajar bahasa Arab dengan menggunakan bahasa Tamil. Ummies sedia menunggu untuk melancarkan Pembelajaran Bahasa Arab melalui Bahasa Inggreris dan Bahasa Malaysia. Bahasa Malayalam akan masuk dalam senerai berikutnya.
Arab,
Quran, dan Islam adalah berkait antara satu sama lain. Faktor asas bagi
ketiga-tiga itu ialah sains dan ketiga-tiga itu hanya boleh dipelajari dengan
betul menggunakan cara saintifik. Faktor yang penting untuk pempelajaran sesuatu
bahasa ialah vokal dan tulisan. Kedua-kedua ini menjadikan bahasa.
Ummies
melaksanakan Pembelajaran Bahasa Arab secara saintifik, berirama dan secara
fonetik. Saintifik bermaksud, benar, terus, terang, mudah di fahami, dan cepat
di pelajari dengan keputusan positif dan mengikut sistem. Secara Irama bermaksud,
belajar dengan cara berterusan tanpa berhenti-henti bagi setiap ayat. Fonetik
bermaksud, potongan bunyi awal bagi 28 huruf konsonan
dan mengaplikasikanya dengan tanda-tanda vokal pendek, tanda-tanda vokal
panjang dan dengan tanda-tanda ‘diacritics’ untuk sebutan huruf-huruf
tunggal dan huruf-huruf bergabung.
Guru-guru
di sekolah mengajar para pelajar dengan menggunakan cara tradisional iaitu
menggunakan pen, kertas, dan buku. Pada masa akan datang, komputer akan
menggantikan tempat guru dan para pelajar akan belajar tanpa menggunakan pen,
kertas, dan buku. Pembelajaran dengan bantuan komputer akan digunakan dalam
pengajaran.
Para-pelajar
boleh melayari laman web www.ummies.info untuk mendapatkan semua maklumat.
Tujuan paling utama Ummies adalah untuk mendidikan semua umat Islam fasih dalam
Bahasa Arab supaya dapat memahami Al-Quran.
Pembelajaran
Bahasa Arab digabungkan dengan Audio, Video, dan grafik supaya memberi kesan
terhadap penyebutan, pertuturan dan penerangan perkataan Arab.
Salah satu konsep baru yang
diperkenalkan oleh ummies ialah para
pelajar boleh berlatih menulis menggunakan komputer. Seseorang boleh menulis di atas huruf bayangan dan
juga boleh menyebut huruf-huruf dengan
betul menggunakan suara dari komputer. Semua pelajaran dalam program ini
disediakan dengan langkah demi langkah secara interaktif. Dengan konsep ini,
semua pelajar dapat mempelajari bahasa Arab dengan mudah dalam masa yang singkat.
Semua pelajaran ini boleh didapati di laman web mengikut kesesuaian pelajar.
www.ummies.info
adalah percubaan multimedia kali pertama untuk mengajar Bahasa Arab melalui
internet. Program ini adalah sesuai untuk semua pelajar tidak kira umur atau
kelayakan. Belajar dengan bantuan komputer, seseorang boleh belajar dan melatih
mengikut kehendaknya.
Penyelidikan
telah dibuat sejak 1976 untuk memperkenalkan beberapa cara bagi mempelajari
Bahasa Arab untuk umat Islam. Dengan mengetahui Bahasa Arab sahaja, seseorang
itu dapat memahami Al-Quran. Projek pempelajaran Al-Quran dengan kaedah cepat
telah dikaji 13 tahun lalu ke atas seorang kanak-kanak yang berumur 5 tahun.
Kanak-kanak tersebut dapat membaca seluruh Al-Quran dalam tempoh 2 bulan. Pada
ketika itu, sistem komputer multimedia yang lengkap tidak didapati. Walaupun
dalam keadaan tersebut, kanak-kanak tersebut boleh dilatih membaca Al-Quran
dalam tempoh 2 bulan. Sekarang dengan komputer multimedia yang terkini, adalah
lebih mudah dan cepat untuk belajar.
Apabila semua pelajaran untuk bacaan ini telah dimasukan dengan sepenuhnya di internet, seseorang itu mampu membaca Al-Quran dalam tempoh 3 jam melalui www.ummies.info dengan syarat seseorang itu dapat tahu nama dan bunyi fonetik 28 huruf konsonan. Seseorang itu boleh bertutur bahasa arab dalam tempoh satu tahun dan mampu membina 126 perkataan dengan menggunakan satu perkataan. Contohnya, mengetahui 100 patah perkataan adalah setara dengan mengetahui 12,600 patah perkataan dalam sukuan pertama pembelajaran ini. Pembinaan perkataan-perkataan di bantu melalui pengubahan perkataan yang berirama. Kanak-kanak boleh menguasai irama dengan mudah. Ummies, buat pertama kali memperkenalkan pembinaan perkataan-perkataan secara berirama baru ini. Ummies dapat membantu pelajar dari sekolah menengah, kelas-kelas matrikulasi, dan universiti yang mengambil Bahasa Arab sebagai bahasa tambahan.
Ustaz di madrasah mengajar pelajar-pelajar secara berkumpulan. Pelajar yang sama pembelajarannya dapat di ajar bersama. Adalah tidak praktik untuk ustaz mengajar pelajar-pelajarnya secara individu. Mengajar pelajar baru dan pelajar lama pada masa yang sama adalah sukar. Pelajar-pelajar terpaksa menungu giliran mereka untuk pemerhatian individu. Menungu giliran akan memakan masa. Dengan menggunkan www.ummies.info, ustaz dapat mengurangkan bebannya. Berdasar kepada kefahaman setiap pelajar dari internet ustaz boleh memberi perhatian kepada setiap pelajar secara individu. Dengan cara ini ustaz boleh memeriksa dan memerhatikan pelajar-pelajar secara individu dan kualiti pembelajaran terjamin. Untuk pembelajaran secara ini, setiap madrasah hendaklah memiliki sekurang-kurangnya sebuah komputer.
Ibu
bapa boleh melatih anak-anak mereka dalam program ini dengan cara mudah samada
mereka mempunyai pengetahuan komputer ataupun tidak. Biasanya kanak-kanak
menggunakan komputer untuk bermain ‘permainan’ menonton filem, dan melayari
internet. Ibu bapa dapat menggunakan peluang keemasan ini untuk mendidik
anak-anak mereka.
Dari
konsep Ummies ini, kanak-kanak mendapat keyakinan diri dalam pertuturan.
Selanjutnya, suami yang bekerja boleh meminta bantuan isteri mereka untuk
mengasuh anak-anak mereka dalam program ini. Interaksi suami, isteri dan anak
akan mempercepatkan proses pembelajaran. Para isteri boleh membimbing anak
mereka dan membuat laporan pencapaian anak mereka kepada suaminya
www.ummies.info
adalah program yang mudah digunakan. Seseorang yang tidak mempunyai asas IT
boleh mengendalikan komputer dengan senang. Pelajaran diajar dengan cara
di mana ibu bapa dan anak-anak dapat belajar bersama-sama.
“Satu
rumah satu komputer” adalah visi Perdana Menteri Dato Seri Dr Mahathir Bin
Mohamed sekarang dapat disedari oleh semua masyarakat. Konsep pendidikan baru
ummies ini “ Arahan Interaktif Langkah demi Langkah” dapat dipraktikkan oleh
pelajar menggunakan komputer dengan betul. Sekarang komputer boleh didapati dengan harga
yang murah dan mampu dimiliki. Para pelajar boleh memiliki perkhidmatan Ummies
di rumah mereka. Di dalam dunia yang maju, komputer menjadi salah satu alat
benda keperluan hidup kita. Tanpanya, kita adalah cacat. Oleh itu setiap rumah
perlu ada sebuah komputer.
Developer, Producer
& Copyright Holder
PUSAT KOMPUTER KHAN
22 Jalan Vivekananda,
50470 Brickfields, Kuala Lumpur H/P : 019 - 4122191